PUTRAJAYA – Hakim Mahkamah Rayuan hari ni menolak rayuan seorang anggota polis berpangkat Sarjan dan mengekalkan hukuman penjara dua tahun serta denda RM10,000 sepertimana yang telah ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen.
Mohd Arip Ahmad yang bertugas di Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur terdahulu telah disabitkan dengan kesalahan meminta suapan dibawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan dikenakan hukuman penjara dua serta denda RM10,000 oleh Hakim Mahkamah Sesyen.
Bagaimanapun pada 22 Mac 2012 hukuman terhadap tertuduh telah diringankan apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Y.A. Su Geok Yiam mengenakan hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 selepas mendengar keterangan tertuduh.
Pada pertuduhan yang dikenakan keatasnya tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 5 Ogos 2008, ketika bertugas sebagai Sarjan Polis di Pejabat Bahagian Norkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur dimana telah secara rasuah meminta wang tunai RM500.00 daripada Syafiq Khairuddin Abdullah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Pihak pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diwakili Timbalan Pendakwaraya SPRM Saiful Hazmi bin Mohd Saad manakala tertuduh diwakili peguambela Mohd Yunus Shariff dan Dahlia.
Sumber dari http://www.sprm.gov.my/bt_sarjan-rasuah.html
No comments:
Post a Comment