JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman 1 tahun penjara dan denda RM10,000.00 atau 6 bulan penjara terhadap seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah setelah didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.
Kalaiselvi a/p Kumarasamy 31 tahun, pada 5hb.Ogos 2011 antara jam 2.45 petang telah memperoleh untuk dirinya sendiri suatu suapan iaitu wang tunai RM500.00 daripada Lim Chai Lee, sebagai dorongan supaya tidak diambil tindakan terhadap premis perniagaan, Seven Eight Reflexology And Therapy Skudai kerana tidak mematuhi dan melaksanakan syarat-syarat perlesenan yang ditetapkan di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976
Mahkamah membenarkan penanguhan pelaksanaan hukuman penjara manakala denda telah dibayar oleh tertuduh.
Penghakiman dibuat oleh Hakim Mahkamah Seksyen Jenayah Rasuah 5, Yang Arif Tuan Mohamad Haldar bin Abdul Aziz manakala pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Johor Penguasa Kanan Mohd Faizal bin Sadri. Tertuduh diwakili oleh peguam T.Vijaya Sandran.
Bagi kesalahan diatas, tertuduh boleh dihukum dibawah seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda nilai suapan atau RM10.000.00 mana-mana yang lebih tinggi.

No comments:
Post a Comment