Tuesday, 2 April 2013

Pegawai Pemerintah FRU Dituduh Buat Pengesahan Palsu


PULAU PINANG - Seorang Pegawai Pemerintah Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Pulau Pinang, berpangkat Penguasa Polis dituduh di Mahkamah Sesyen 2 Georgtown hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat pengesahan palsu.

Penguasa Polis, Mohd Mokhtar Abdul Majid, 58  dituduh melakukan tiga kesalahan dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 atas kesalahan membuat pengesahan pada dua dokumen Pesanan Kerajaan (LO) dan Invoice dari sebuah syarikat catering walaupun tahu bahawa tiada pembekalan perkhidmatan yang dibuat.

Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada 07 Mac 2012, di pejabat Unit No. 3 Pasukan Simpanan Persekutuan, Pulau Pinang, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu Pegawai Pemerintah Unit No. 3, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Pulau Pinang dengan disedari telah memberikan kepada seorang ejen, Noor Aliza Binti Razali Pembantu Tadbir Kewangan Unit No. 3, Pasukan Simpanan Persekutuan Pulau Pinang, suatu dokumen Pesanan Kerajaan L0262090201120339 bertarikh 02/3/2012 yang mana prinsipal ejen itu mempunyai kepentingan dan yang mengandungi butiran matan yang palsu.

Tertuduh telah mengesahkan bahawa Hafez Enterprise telah membekal dan menyediakan makan dan minuman untuk Troop 3A bagi Latihan Ulangkaji PSP pada 20 hb Februari 2012 hingga 03 Mac 2012 bernilai RM 36,824.00 walhal sebenarnya Hafez Enterprise telah menyerahkan wang tunai RM 24,950.00 bagi maksud pembekalan tersebut dan pada pengetahuannya adalah mengelirukan ejen tersebut.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa  pada 27 Mac 2012, di pejabat Unit No. 3 Pasukan Simpanan Persekutuan, Pulau Pinang, dalam daerah Timur Laut, dalam negeri Pulau Pinang sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu Pegawai Pemerintah Unit No. 3, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Pulau Pinang dengan disedari telah memberikan kepada seorang ejen, Noor Aliza Binti Razali Pembantu Tadbir Kewangan Unit No. 3, Pasukan Simpanan Persekutuan Pulau Pinang, suatu dokumen Pesanan Kerajaan L0262090201120466 bertarikh 16/3/2012 yang mana principal ejen itu mempunyai kepentingan dan yang mengandungi butiran matan yang palsu iaitu tertuduh telah mengesahkan bahawa Hafez Enterprise telah membekal 04 hb Mac 2012 hingga 18 Mac2012 bernilai RM 39,736.00 walhal sebenarnya Hafez Enterprise telah menyerahkan wang tunai RM 27,000.00 bagi maksud pembekalan tersebut dan pada pengetahuannya adalah mengelirukan ejen tersebut

Pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa pada 2 April 2012, di pejabat Unit No. 3 Pasukan Simpanan Persekutuan, Pulau Pinang, dalam daerah Timur Laut, dalam negeri Pulau Pinang sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu Pegawai Pemerintah Unit No. 3, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Pulau Pinang dengan disedari telah memberikan kepada seorang ejen, Noor Aliza Binti Razali Pembantu Tadbir Kewangan Unit No. 3, Pasukan Simpanan Persekutuan Pulau Pinang, suatu dokumen Pesanan Kerajaan L0262090201120547 bertarikh 27 Mac 2012 yang mana prinsipal ejen itu mempunyai kepentingan dan yang mengandungi butiran matan yang palsu iaitu tertuduh telah mengesahkan bahawa Hafez Enterprise telah membekal dan menyediakan makan dan minuman untuk Troop 3C bagi Latihan Ulangkaji PSP pada 18 hb Mac 2012 hingga 31 Mac 2012 bernilai RM 38,644.00 walhal sebenarnya Hafez Enterprise telah menyerahkan wang tunai RM 26,000.00 bagi maksud pembekalan tersebut dan pada pengetahuannya adalah mengelirukan ejen tersebut .

Tertuduh mengaku tidak bersalah pada kesemua pertuduhan yang dibacakan keatasnya. Hakim, Zulhazmi Abdullah menetapkan jumlah wang jaminan RM 6,000 bagi setiap satu pertuduhan yang dikenakan kepada tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Janariah Abd Mutalib dan tertuduh diwakili oleh Tetuan Fairuz Jaffril, Aidil dan Zarina.

No comments:

Post a Comment

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000, 62007 Putrajaya