KUALA LUMPUR – Seorang penggangur yang mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes penipuan dan penyamaran menerima hukuman penjara 13 tahun dan denda dua sebatan setelah disabitkan bersalah menyamar sebagai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 12 (Harta Intelek), Hasbi Hasan menetapkan hukuman tersebut keatas tertuduh Ravi A/L M.Krishna, 47 selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah.
Tertuduh didakwa melakukan dua kesalahan dibawah Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menipu dan penyamaran.
Pertuduhan pertama di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan, tertuduh telah menyamar sebagai Timbalan Pendakwaraya SPRM, Mohd Sophian bin Zakaria dan menipu seorang pegawai polis, Zainal bin Maliki pada 25 Mei 2011 jam lebih kurang jam 8.00 malam di Kajang, Selangor.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dibawah 420 Kanun Keseksaan apabila pada 26 Mei 2011 di Bank Simpanan Nasional, Sungai Besai Kuala Lumpur jam lebih kurang 9.09 pagi.
Tertuduh telah menipu Zainal Bin Maliki dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa tertuduh merupakan Timbalan Pendakwaraya SPRM Kuala Lumpur yang akan menyelesaikan kes rasuah dan mendorong Zainal supaya menyerahkan wang berjumlah RM 5,000.00 yang mana beliau tidak akan menyerahkan sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
Pada penghakimannya, Hakim Hasbi Hasan turut mengambil kira rekod kesalahan lampau tertuduh iaitu mempunyai empat rekod jenayah dari tahun 1999 hingga 2006.
Bagi pertuduhan pertama tertuduh dihukum lima tahun penjara manakala pertuduhan kedua tertuduh dikenakan lapan tahun penjara dan dua sebatan.
Pendakwaan SPRM diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nur manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber dari http://www.sprm.gov.my/menyamar-tpr-sprm.html
No comments:
Post a Comment