SHAH ALAM - Bekas Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan pembekalan papan tanda dan tong sampah Zon Bersih sekitar kawasan Subang Jaya bernilai RM 256,120.00.
Ahmad Faizal bin Azhar, 41. Bekas Pegawai Tadbir N41 dituduh melakukan 15 kesalahan dibawah Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 kerana mengemukakan tuntutan palsu mengandungi butiran matan palsu pada inbois dalam pesanan kerajaankepada pegawai atasannya bagi pembekalan 100 papan tanda dan 470 tong sampah.
Pada pertuduhan pertama hingga ketujuh, tertuduh didakwa menggunakan butiran matan palsu pada inbois dalam pesanan kerajaan yang dikemukakan kepada Pengarah Perancangan Korporat MPSJ, Hamizun bt Mohd Basar berkenaan pembekalan tong sampah Zon Bersih bagi Zon Bersih JKP Zon 5 yang mana sebenarnya pembekalan tong sampah itu tidak dilakukan yang pada pengetahuan tertuduh adalah untuk mengelirukan prinsipalnya (majikan).
Tertuduh didakwa berbuat demikian pada 07 Januari 2011 di Pejabat MPSJ, Petaling, Selangor dengan memberikan dokumen pesanan kerajaan MPSJ No 2010121350, 2010121353, 2010121345, 2010121323, 2010121317 dan 2010121330 Invois-invois tersebut dikemukakan dengan menggunakan beberapa nama syarikat berlainan iaitu Perniagaan RG (dua), Md Yazid bin Mian (satu), Dutamas Media Communications (satu) dan Jafiznah Engineering Sdn Bhd (dua).
Butir matan palsu tersebut digunakan bagi pembekalan sebanyak 160 unit tong sampah dan 42 papan tanda informasi Zon Bersih.
Lapan lagi pertuduhan iaitu pertuduhan kelapan hingga kelima belas, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada 30 Disember 2011 apabila telah memberikan Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ, Haini bt Salleh dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011110363, 2011110361, 2011121036, 2011121932, 20111121933, 2011121009, 2011121930 dan 2011121931 yang mengandungi butir matan palsu.
Butir matan palsu tersebut digunakan bagi pembekalan sebanyak 160 unit tong sampah dan 42 papan tanda informasi Zon Bersih.
Lapan lagi pertuduhan iaitu pertuduhan kelapan hingga kelima belas, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada 30 Disember 2011 apabila telah memberikan Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ, Haini bt Salleh dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011110363, 2011110361, 2011121036, 2011121932, 20111121933,
2011121009, 2011121930 dan 2011121931 yang mengandungi butir matan palsu.
Invois-invois tersebut menggunakan nama syarikat perniagaan berlainan iaitu, Md Yazid Mian@ Namian (dua), Nusa Ventures Enterprise (dua), Perak Hitam Enterprise (satu), Keris Putih Enterprise (satu), Gubras Enterprise
(satu) dan Perniagaan RG (satu).
Dokumen tersebut digunakan bagi pembekalan 310 unit tong sampah Zon Bersih JKP Zon 5 dan 58 papan tanda
informasi Zon Bersih yang mana pembekalan tersebut sebenarnya tidak dilakukan dan bermaksud untuk mengelirukan majikannya.
informasi Zon Bersih yang mana pembekalan tersebut sebenarnya tidak dilakukan dan bermaksud untuk mengelirukan majikannya.
Tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan ketika ini mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Hakim Mahkamah Jenayah 10, M. Bakri Abd Majid menetapkan wang jaminan sebanyak RM 20,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin, passport beliau diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh diarahkan melaporkan diri sekali sebulan di Pejabat SPRM Selangor.
Tarikh sebutan ditetapkan pada 29 April 2013 sebagai tarikh sebutan semula dan dijangka 20 saksi akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Pendakwaan SPRM diwakili oleh Pegawai Pendakwa Mohd Sukri Seman manakala tertuduh diwakili oleh peguamnya Mohammad Shahrullah Khan bin Zawab Khan.
Sekiranya sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 24(1) ASPRM 2009 dan boleh dikenakan
hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.
Sumber dari http://www.sprm.gov.my/mpsj-15.html
He submitted the fake invoices but who approved them after that? And how the payments were made? Why only after two years they discovered about the misconduct? Why dont charge against the big bosses as well for their mistakes….?? Or maybe the directors were the persons who bribe too?
ReplyDelete