Oleh: Erfieza Mujeini
KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2013 - Pengarah dan Pengurus TKC Sdn. Bhd. berdepan dengan empat tuduhan penggubahan wang haram dan dua tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) membabitkan wang berjumlah RM2.1 juta.
KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2013 - Pengarah dan Pengurus TKC Sdn. Bhd. berdepan dengan empat tuduhan penggubahan wang haram dan dua tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) membabitkan wang berjumlah RM2.1 juta.
Selain itu, aktiviti penggubahan wang haram kedua-dua tertuduh juga melibatkan pembayaran deposit kereta BMW X1 yang berjumlah RM112,105.
Kedua-dua tertuduh juga terlibat dengan kesalahan CBT berjumlah RM750,000 melalui 12 keping cek United Overseas Bank (Malaysia) untuk kepentingan mereka.
Yik Choy Fong , 47, yang merupakan Pengurus Ying Mui Sdn. Bhd. dan Tong Khin Co. Sdn. Bhd didakwa menerima RM135,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti penggubahan wang haram melalui akaun syarikat Lexguard Enterprise di Malayan Banking Berhad, Cawangan Jalan Tun H.S Lee di sini.
Yik juga dituduh menerima wang melalui akaun milik beliau di United Overseas Bank (Malaysia) Bhd Cawangan Jalan Pudu, melibatkan RM614,995 dan telah menggunakan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM112,105 daripada akaun milik tertuduh di United Overseas Bank (Malaysia) Bhd Cawangan Jalan Pudu melalui cek untuk membayar deposit sebuah kereta BMW X1.
Yik juga berdepan dengan tuduhan CBT melibatkan RM750,000 yang diperoleh menerusi 12 keping cek iaitu masing-masing RM60,000; RM52,500; RM60,000; RM60,000; RM67,500; RM75,000; RM67,500; RM75,000; RM60,000; RM67,500; RM52,500; dan RM52,500.
1 tuduhan AMLATFA dan 1 tuduhan CBT terhadap Hoh
Hoh Kiang Po, 70, pula didakwa turut melakukan penggubahan wang haram iaitu menerima melalui akaun Choong Fatt Pawnshop Sdn di Malayan Banking Berhad, Cawangan Jalan Tun H.S Lee wang sebanyak RM500,000, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dan tuduhan CBT atas kapasiti sebagai Pengarah Tong Khin Company Sdn. Bhd di mana beliau mempunyai penguasaan terhadap sesuatu harta tertentu iaitu dana dalam akaun Tong Khin Company Sdn. Bhd. melibatkan wang sebanyak RM750,000. Beliau didakwa telah melakukan kesalahan CBT berkaitan dengan harta tersebut melalui 12 keping cek berjumlah RM750,000.
Kesalahan tersebut dilakukan sekitar tahun 2011 dan 2012.
Bagi pertuduhan AMLATFA, kedua-dua tertuduh berdepan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 di mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi setiap kesalahan.
Bagi CBT pula, kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama jika sabit kesalahan diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi dua puluh tahun dan dengan sebat, dan bolehlah juga dikenakan denda dan dibacakan bersama Seksyen 109 kanun yang sama.
Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Norizan Arifin memohon agar mahkamah mengenakan Yik wang jaminan RM400,000 manakala Hoh diikat jamin dengan RM200,000.
Gobind Singh Deo dalam pada itu memohon agar jumlah wang jaminan dikurangkan kepada RM20,000 untuk setiap pertuduhan.
Hakim Mohd Nasir Nordin memutuskan agar Yik diikat jamin RM100,000 untuk tiga pertuduhan AMLATFA dan RM50,000 bagi pertuduhan CBT dengan seorang penjamin dan passport diserahkan kepada mahkamah selesai beliau kembali semula dari luar negara pada 7 September 2013.
Hoh pula diikat jamin RM70,000 bagi pertuduhanAMLATFA dan RM70,000lagi bagi pertuduhan CBT.
Mahkamah menetapkan 30 September 2013 bagi sebutan semula kes.
Sumber dari: http://www.sprm.gov.my/pengarah-pengurus-cbt.html
No comments:
Post a Comment