Tuesday, 17 September 2013
KESEDARAN RASUAH RENDAH
SEJAK pelancarannya pada 26 April 2010 sehinggalah rencana ini ditulis seramai 144 orang telah ditangkap
diseluruh negara atas kesalahan menyogok pegawai awam. Tempoh dua bulan ini memperlihatkan purata
tangkapan ke atas pemberi rasuah dianggarkan dua orang setiap hari. Statistik ini menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi belum sedar bahawa perbuatan memberi atau menawarkan suapan rasuah merupakan satu perbuatan jenayah yang serius. Sekiranya didapati bersalah hukuman berat termasuk penjarase hingga 20 tahun dan denda RM10000 atau lima kali ganda nilai suapan menanti pelakunya. Media massa banyak membantu menyebarluaskan maklumat atau mesej berhubung Kempen Perangi Pemberi Rasuah ini.
Masyarakat didedahkan mengenai kesan buruk yang bakal dihadapi sekiranya terjebak dengan perlakuan ini. Berita-berita berhubung tangkapan pendakwaan dan hukuman yang dijatuhkan keatas pemberi rasuah hampir setiap hari dipaparkan dikaca televisyen mahupun didada akhbar-akhbar utama. Namun pertambahan jumlah perangkaan yang semakin bertambah ini memperlihatkan isu berkaitan kesalahan memberi rasuah ini masih dianggap remeh oleh segolongan besar masyarakat. Berdasarkan jumlah tangkapan keseluruhannya iaitu sebanyak 144 kes hampir 40 peratus atau 57 tangkapan melibatkan individu yang melakukan kesalahan jalanraya. Kenapa harus kita memperjudikan nasib dengan memberi sogokan rasuah atas kesalahan yang boleh dikompaun. Akibatnya bagi mengelakkan saman trafik yang bernilai RM300 kita terpaksa berhadapan pula dengan suatu kesalahan yang lebih serius iaitu berhadapan hukuman penjara dan denda yang lebih tinggi. Masyarakat harus mengubah persepsi negatif mereka terhadap penjawat awam khususnya anggota penguatkuasa. Zaman telah berubah begitu juga semangat dan iltizam penjawat awam. Maruah perkhidmatan awam bukan untuk digadai atau dijual. Wang ringgit bukan galang gantinya.
Kewujudan anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi bertujuan memelihara keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalanraya keseluruhannya. Segelintir masyarakat yang hanya mementingkan diri dengan melanggar peraturan yang ditetapkan wajar dihukum sebagai tanda pengajaran untuk menjadi lebih disiplin. Sikap cuai gopoh memandu secara melulu dan tidak sabar membuatkan individu menjadi pembunuh di atas jalanraya.
Atas sebab-sebab inilah maka kemalangan maut sering berlaku sehingga menyebabkan kematian
pengguna jalan raya lain yang tidak berdosa. Sesal dahulu berpendapatan sesal kemudian tiada
gunanya. Kajian yang dijalankan oleh pihak berwajib menunjukkan kemalangan yang berlaku hampir 75
peratus disebabkan faktor kecuaian manusia. Selain kesalahan jalanraya satu lagi kesalahan yang
menjadi punca kepada perlakuan rasuah ialah kesalahan yang melibatkan pendatang tanpa izin.
Penjawat awam sekali lagi cuba disogok untuk melindungi pendatang tanpa izin yang bukan sahaja
memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah malahan terbabit dengan lain-lain kegiatan
jenayah termasuk merompak, melacur, menyamun, dadah dan sebagainya. Seramai 38 orang pendatang tanpa izin yang ditangkap kerana menyogok anggota penguatkuasa. Sudahlah memasuki negara ini tanpa sah cuba pula membeli penguatkuasa bagi menutup kesalahan mereka. Jangan sesekali samakan anggota
penguatkuasa kita seperti di negara mereka. Sekali lagi masyarakat harus sedar kesan dan akibat
sekiranya PATI dibiarkan berleluasa menjalankan kegiatan mereka di negara ini. Kita bukan tidak biasa
mendengar tumpasnya kegiatan samun pembunuhan, penculikan, rompakan, pengedarandadah, kegiatan
samseng dan pelacuran yang melibatkan warganegara asing. Hampir setiap hari dilaporkan dalam akhbar-akhbar berhubung jenayah berat yang dilakukan warga asing di negara tercinta ini. Adakah kita sebagai
warganegara Malaysia mahukan kedamaian dan kesejahteraan yang kita nikmati ini diragut begitu
sahaja dek kegiatan jenayah warga asing. Sungguh memalukan jika diteliti dari segi jumlah
wang rasuah yang cuba disogok kepada penjawat awam. Dari nilai RM3 hinggalah puluhan ribu
ditawarkan untuk melindungi kegiatan mereka. Apakah nilai maruah dan harga diri seorang anggota
keselamatan sekadar RM3sahaja. Terdapat juga kata-kata nakal dikalangan kita yang
mengatakan RM3 tangkap kalau RM30000 lepas. Ingin ditegaskan bahawa penjawat awam pada hari ini
sebenarnya telahb anyak berubah baik dari segi sikap, nilai integriti mahupun budaya kerjanya.
Buktinya seramai 10 orang anggota penguatkuasa yang ditawarkan rasuah bernilai melebihi RM1000000
menolak sogokan tersebut dan menangkap si pemberi rasuah. Secara keseluruhannya jumlah suapan yang
terlibat sepanjang dua bulan ini melibatkan sebanyak hampir RM350000. Wang ringgit bukan lagi menjadi keutamaan yang dikejar. Sebaliknya amanah dan perjuangan menegakkan undang-undang menjadi perjuangan. Jenayah dan permasalahan sosial yang berlaku di sekeliling membuatkan penjawat awam semakin muak dengan ragam dan tingkah laku penjenayah yang semakin tidak menghormati kedaulatan undang-undang negara ini. Kesannya rakyat yang tidak berdosa jadi mangsa.
Keharmonian dan kesejahteraan hidup yang dikecapi semakin digugat. Ia bukanlah kata-kata retorik sebaliknya suatu kenyataan atau realiti yang harus diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Kempen Perangi Pemberi Rasuah ini akan diteruskan sehinggalah keseluruhan masyarakat sedar bahawa perbuatan memberi dan menawarkan suapan rasuah adalah kesalahan yang serius. Berdasarkan kepada Statistik tangkapan ke atas pemberi rasuah Polis Diraja Malaysia harus diberikan pujian kerana telah berjaya menangkap lebih dari 50 orang pemberi rasuah diikuti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menerusi operasi-operasi khasnya sebanyak 10 tangkapan RELA, 9 tangkapan JPJ, 8 tangkapan Imigresen, 5 tangkapan Perhutanan, 2 tangkapan Tenaga Nasional, 1 tangkapan dan PTG 1 tangkapan. Tumpuan difasa kedua adalah serbuan mengejut secara bersepadu pelbagai agensi penguatkuasa di seluruh negara ke atas sarang-sarang pelacuran, pengedaran dadah, pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut, kilang-kilang haram, pembalakan haram, kecurian pasir dan premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan jenayah. Strategi pendekatan serampang duamata ini sekiranya dijalankan secara telus bukan sahaja akan memberi pengajaran ke atas pelaku-pelaku rasuah malahan turut menghapuskan pelbagai kegiatan jenayah lain.
Oleh : DATUK AHMAD KHUSAIRI DATUK YAHAYA
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM)
Labels:
INFORMASI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000, 62007 Putrajaya
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000, 62007 Putrajaya
No comments:
Post a Comment