KUALA LUMPUR - Anak seorang bekas timbalan menteri hari ini mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu kononnya diperakukan oleh menteri untuk mengadakan satu projek di Johor tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Zamzani Mohd. Zain yang mendengar kes itu mengenakan denda RM40,000 ke atas Nizam Lajim, 31.
Nizam dikenakan tuduhan itu 27 Mei lalu.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana menggunakan dokumen yang didakwa diperakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada 8 Ogos 2012, jam lebih kurang 3.40 petang di Berjaya Starbucks Coffee, The Mall di sini dengan curangnya telah menggunakan satu dokumen sebagai tulen iaitu Lampiran 1 bertarikh 25 Julai 2012, yang bertajuk "SENARAI SYARIKAT YANG DICADANGKAN UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK MEMBINA JALAN MUKIM 6 LINAU DAN MUKIM 7, TG. SEMBERONG, BATU PAHAT, JOHOR SECARA TENDER TERHAD".
Dokumen tersebut kononnya diperakukan oleh Mohd Shafie untuk melaksanakan projek membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7, Tg Semberong, Batu Pahat Johor.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afifah Mamat yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia manakala tertuduh diwakili oleh Datuk K. Kumarendran.
Sumber dari:http://www.sprm.gov.my/anak-bekas-menteri.html
No comments:
Post a Comment