Oleh: Zatul Yahaya
SHAH ALAM - Seorang Pegawai Eksekutif sebuah syarikat subsidari kerajaan (GLC) mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberikan keterangan yang bercanggah dalam perbicaraan kes rasuah melibatkan pegawai imigresen dua tahun lalu.
Mohammad Fazly Samsuri, 34,didakwa memberikan keterangan yang tidak sama di mahkamah sepertimana yang telah diberikan dalam rakaman percakapannya kepada dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam satu perbicaraan kes membabitkan adiknya.
Keterangan itu diberikan ketika perbicaraan terhadap Nor Shahazlina Md Shahrizal,Mohammad Huzzail Ahmad,Md Shahrizal Che Dan juga adiknya, Mohammad Izuwanshah Samsuri.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 5 Oktober 2010 dan 24 November 2011 di Pejabat Suruhanjaya pencegahan rasuah Selangor di Shah Alam
Pendakwaan dibuat mengikut seksyen 27(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selamat Yahya menetapkan jumlah jaminan RM8,000 ke atas tertuduh.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kassim dan tertuduh diwakili peguamnya.
Sekiranya sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara 10 tahun atau kedua duanya sekali.
No comments:
Post a Comment