Tuesday, 30 April 2013

Malaysia negara paling rasuah di dunia


KUALA LUMPUR 13 Dis: Badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) berkata, Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012, menurut laporan The Wall Street Journal 11 Disember lalu.
Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.
"Ia menggambarkan sikap syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan rasuah dalam sektor awam boleh jadi sistemik dan pada satu sisi diinstitusikan...
"Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah," kata Presiden TI-Malaysia, Paul Low dalam laporan itu.
Memetik laporan itu, di sebalik perang anti-rasuah yang berprofil tinggi, separuh dari eksekutif korporat yang terlibat dalam kajiselidik TI itu percaya bahawa pesaing mereka mendapatkan perniagaan melalui rasuah.
Menurut Pengarah Pencegahan Rasuah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Ravindran Devanugam dalam laporan itu, Datuk Seri Najib Razak sejak menjadi Perdana Menteri berikrar menghapuskan rasuah dan mendapatkan semula keyakinan umum.
"Beratus kes disiasat. Kerajaan menubuhkan mahkamah istimewa dan dalam langkah memperkenalkan hukuman yang lebih berat," kata Ravindran seperti dipetik.
Namun, markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut, kata laporan itu lagi.
Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.
Dalam kajiselidik itu, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.

Thursday, 25 April 2013

Video:Cost of Greed (2011)


"Cost of Greed (2011)"
Procuratorial Culture and Article Association of China, PRC

This video win the most popular PSA video in International Anti-Corruption Video Competition 2011 held in ICAC Hong Kong.

Tuesday, 16 April 2013

RISDA & SPRM Tandatangani MoU


Oleh : Maizatul Akmal
PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)  hari ini menandatangai Memorandum Persefahaman bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai satu inisiatif untuk perkongsian strategik dalam usaha pencegahan rasuah dalam perkhidmatannya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Abu Kassim Mohamed berkata inisiatif yang diambil oleh agensi dibawah seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ini adalah satu perubahan yang jelas dan penting dalam menjayakan usaha-usaha pencegahan bersama Suruhanjaya ini.

Katanya inisiatif pencegahan awal yang diambil oleh agensi ini adalah pendekatan yang cukup baik bagi mengatasi masalah rasuah terutamanya dalam mengurangkan ruang dan peluang perlakuan rasuah.

“Melalui MoU ini pihak SPRM akan memberi  tunjuk ajar atau latihan  penekanan dari segi saluran maklumat dan kawalan dalaman sebagai panduan bagi polisi yang tidak jelas.

“Kita juga akan menghantar pasukan pencegahan serta memberi tumpuan kepada aspek latihan  serta pendidikan pencegahan termasuk melatih pegawai dari segi pengurusan risiko rasuah dan merangka pelan pencegahan,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Antara tetamu kehormat yang menghadiri majlis menandatangani memorandum tersebut ialah Menteri  Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Hasan bin Malek, Pengerusi RISDA Malaysia, Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik, pihak pengurusan dan pegawai kanan dari kedua-dua jabatan.

Selain dari upacara menandatangani perjanjian persefahaman diantara kedua pihak, majlis turut menyaksinya penyerahan cenderahati antara kedua jabatan.

Antara isi kandungan memorandum terseburt adalah untuk mewujudkan kerjasama berterusan dari aspek pengesanan dan pembanterasan kes-kes jenayah rasuah serta mengadakan perkongsian bestari dalam usaha memperkukuhkan amalan nilai murni dan integriti serta memberi khidmat rundingan.

Saringan/Tapisan

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Sutinah Sutan turut mengulas mengenai saringan integriti yang dilakukan oleh SPRM bagi senarai nama calon pilihanraya yang dikemukakan oleh parti politik pada sidang media selepas majlis tersebut.

Menurutnya, saringan integriti tersebut dibuat adalah untuk memastikan calon-calon yang terlibat dalam pilihanraya tidak terlibat dengan rasuah.

Katanya, pihak Suruhanjaya bagaimanapun hanya membuat saringan berdasarkan rekod yang sedia ada dan keputusan saringan akan terus dikemukakan kepada parti yang menghantar senarai nama tersebut.

“Kita ada menerima permohonan untuk saringan daripada semua parti setakat ini dan keputusan hanya akan diberikan kepada pihak yang memohon.

“Bagaimanapun perlu diingat bahawa SPRM hanya melakukan saringan tetapi keputusan muktamad adalah daripada parti politik tersebut bukan daripada SPRM,” katanya ketika ditanya oleh media mengenai saringan calon parti politik pada pilihanraya kali ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000, 62007 Putrajaya