PUTRAJAYA 1 Okt. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas ahli lembaga pengarah Persatuan Nelayan kawasan Kota Marudu dan Pitas, Sabah kerana dipercayai menyeleweng dana transformasi nelayan berjumlah RM100,000 sejak tiga tahun lalu.
Menurut jurucakap SPRM, lelaki berusia 60 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu pagi ini sejurus selesai disoal siasat oleh pegawai SPRM.
"Suspek dipercayai menyeleweng wang berjumlah RM100,000 daripada RM200,000 dana yang diberikan kepada persatuan berkenaan sejak 2009. Penahanan ini dilakukan hasil maklumat orang ramai.
"Suspek ditahan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang," katanya di sini hari ini.
Jurucakap itu berkata, suspek dijangka akan di dakwa di mahkamah secepat mungkin.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Jalil Jaafar ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut.
[TAMAT]
No comments:
Post a Comment