JOHOR BAHRU, 17 Oktober 2013- Seorang pemilik premis perniagaan, Ho Hann Sing dijatuhkan hukuman denda RM 125,000 dan penjara sehari setelah mengaku salah merasuah seorang pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ho, 34 tahun mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Khas (Rasuah) 5, Johor Bahru, Johor, Mohamad Haldar Abdul Aziz atas kesalahan memberi rasuah kepada Jurutera Kanan di TNB Johor, Arizal Bin Ashari sebanyak RM25,000 pada 6 Jun 2013 di Restoran Khaja 7, No. 35, Jalan 2, Lima Kedai, Johor.
Kesalahan tersebut dilakukan sebagai dorongan supaya tidak diambil tindakan terhadap premis beliau iaitu Chin Tat Packaging & Trading, di Lot 259-260 Bt 15 Jalan Gelang Patah, Gelang Patah, Johor yang melakukan pengubahsuaian pemasangan meter TNB dimana kesalahan di bawah seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990 iaitu menggunakan elektrik TNB secara curang.
Perbuatan tersebut menjadi kesalahan di bawah peruntukan seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum dibawah seksyen 24 akta yang sama dan jika gagal membayar denda, Ho turut diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara selama 6 bulan.
Dalam pada itu, Hakim turut memutuskan agar wang rasuah RM25,000 dilucuthak di bawah peruntukan seksyen 40(1) ASPRM 2009 untuk dimasukkan sebagai hasil kerajaan Malaysia.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM , Puan Noor Fazlin Hamdan manakala tertuduh diwakili Norain Tupari sebagai Peguam Bela.
Tamat
sumber dari: http://www.sprm.gov.my/merasuah-tnb.html
No comments:
Post a Comment