KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Seorang pegawai kanan di Kementerian Pengajian Tinggi hari ini dituduh di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah membabitkan kesalahan menerima deposit cek berjumlah RM 3,000 dari pemilik syarikat yang mempunyai hubungan kerja dengannya.
Ismail Nor Hassan Basri, 42, ketika melakukan kesalahan tersebut memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Tertuduh sebagai penjawat awam didakwa telah menerima untuk dirinya sendiri satu benda berharga iaitu deposit cek Hong Leong Bank berjumlah RM3,000 daripada seorang pemilik syarikat Low Chon Yok tanpa sebarang balasan.
Low Chon Yok diketahui tertuduh mempunyai kaitan dengan tender perkhidmatan merekabentuk, penyediaan dan pemasangan booth pameran pendidikan termasuk perkhidmatan sewaan tapak pameran dan perkhidmatan penyediaan untuk majlis pelancaran dan majlis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U KPT dimana tertuduh telah terlibat dalam program tersebut.
Perbuatan tersebut dilakukan pada 4 Oktober 2011, bertempat di Hong Leong Bank Cawangan Setapak, Taman Setapak Indah Jaya Off Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur.
Tertuduh yang mengaku tidak bersalah mohon untuk dibicarakan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Amir Hamzah Idris menawarkan jumlah jaminan sebanyak RM 10,000. Peguambela tertuduh, Tan Hui Chuan merayu supaya denda diturunkan kepada RM 3,000.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zin menetapkan wang jaminan RM 10,000 dengan seorang penjamin dan pas perjalanan diserahkan kepada mahkamah serta 12 November sebutan.
Sekiranya sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.
Tamat.
sumber dari: http://www.sprm.gov.my/kpt-rasuah.html
No comments:
Post a Comment