Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:
- Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
- Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]
- Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]
- Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]
Gagal Melapor :-
- Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah
Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009
DENDA : Tidak lebih RM100,000 - Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan
Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009
DENDA : Tidak lebih RM100,000
PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali
Anda Dilindungi :-
Masyarakat tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan PEMBERI MAKLUMAT adalah dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.
- PEMBERI MAKLUMAT adalah orang yang membuat pendedahan tentang jenayah rasuah berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009.
- PEMBERI MAKLUMAT juga dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
- PEMBERI MAKLUMAT yang menjadi SAKSI bagi sesuatu kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.
Dimabil dari http://www.sprm.gov.my
No comments:
Post a Comment